IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penolong jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Perak Tengah dan seorang kontraktor setelah dipercayai membuat tuntutan palsu melalui empat sebut harga bagi baik pulih tebing sungai berjumlah RM720,000, tahun lalu. Perintah tahanan reman selama enam hari bermula hari ini ke atas penolong jurutera berusia 58 tahun dan kontraktor berusia 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi di Mahkamah Majistret di sini. Terdahulu, kedua-dua lelaki yang menaiki kenderaan berasingan itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ipoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya