DUBAI – Pengawal Revolusi Iran didakwa membekalkan peluru berpandu kepada kumpulan pemberontak Houthi yang menyerang sebuah lapangan terbang Arab Saudi dekat sini, semalam.
Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dalam serangan kumpulan pemberontak Houthi ke atas Lapangan Terbang Abha.
Lapor Gulf News yang memetik kenyataan tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi, bukti menunjukkan Pengawal Revolusi Iran sebagai dalang membekalkan senjata kepada kumpulan terbabit untuk melakukan serangan tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kata kenyataan itu, tiga wanita dan dua kanak-kanak masing-masing berbangsa Arab Saudi, Yemen dan India merupakan antara mangsa yang cedera.-AGENSI










