KUALA LUMPUR – Penerbangan pertama cabang penerbangan Haji dan Umrah Malaysia Airlines Bhd., Amal dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dan Madinah, Arab Saudi pada 4 Julai depan. Ketua Pegawai Eksekutif Amal, Hazman Hilmi berkata, Amal akan menambah sehingga 40 penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta Madinah menggunakan pesawat A380-800 bagi fasa haji pertama dari 4 Julai hingga 5 Ogos. “Amal juga akan…










