KUALA LUMPUR – Seorang pemuda menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 12, Jalan Kota Samarahan-Mambong, di Kuching, Sarawak awal pagi tadi. Memetik portal Utusan Borneo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Noordin Ahmad, 36, dari Kampung Senyawan, Serian, kira-kira pukul 5.15 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku…