KUALA LUMPUR 30 Jun – Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai Presiden UMNO menerima reaksi positif daripada pemimpin parti itu. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ‘kepulangan’ Ahmad Zahid sebagai Presiden akan memperkukuh saf kepemimpinan parti itu. “Berkumpul semula. Saf UMNO diperkukuhkan. Beliau pastinya akan terus bekerja sebagai satu pasukan dibantu Timbalan dan Naib-naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi,” katanya melalui akaun Twitter…