Pemandu teksi tetak pekerja stesen minyak ditahan - Utusan Malaysia

Pemandu teksi tetak pekerja stesen minyak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi ditahan kerana menetak tangan seorang pekerja stesen minyak warga asing selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka di stesen minyak Desa Tun Razak, Cheras, di sini semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut di antara pemandu teksi dan pekerja stesen minyak terbabit sebelum pemandu teksi itu menetak tangan mangsa.

Pemandu teksi cuba melarikan diri selepas kejadian namun dikejar penyelia stesen minyak dan berlaku pergelutan di antara mereka menyebabkan kenderaan suspek terbabas lalu merempuh seorang penunggang motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman berkata, pada awalnya pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan sebuah teksi dengan motosikal di hadapan stesen minyak tersebut.

“Apabila pasukan polis tiba, didapati pemandu teksi berusia 35 tahun itu telah ditahan oleh orang awam dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa turut dirampas.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini