KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas mengalami kesesakan nafas sebelum terbabas lalu merempuh tiang lampu di Jalan Bintulu-Sibu, Sarawak hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dan mangsa sedang memandu lori yang sarat muatan.
“Maklumat daripada saksi di lokasi kejadian memberitahu bahawa pemandu lori itu telah mengalami sesak nafas sebelum hilang kawalan dan merempuh tiang lampu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE











