Pelawak kantoi positif dadah - Utusan Malaysia

Pelawak kantoi positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pelawak terkenal bersama dua rakannya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri. Cheras di sini kelmarin.

PELAWAK yang ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.49 petang itu, pihak polis menerima laporan terdapat pergaduhan mulut melibatkan beberapa individu di lobi hotel tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian, pemeriksaan badan dilakukan ke atas ketiga-tiga suspek dan satu peket plastik berisi dadah jenis methamphetamine ditemukan pada dalam baju seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, hasil saringan ujian kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.

“Pelawak berusia 41 tahun itu didapati positif ganja manakala dua lagi suspek berusia 35 dan 25 tahun positif methamphetamine.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka masing-masing mempunyai empat dan lima rekod lampau berkaitan dadah manakala pelawak tersebut turut dikehendaki polis berhubung kes di Ulu Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Mokhsein berkata, pelawak tersebut direman sehari manakala dua rakannya direman tiga hari sehingga esok.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini