Pelantikan Latheefa: PSC mahu atur pertemuan dengan PM - Utusan Malaysia

Pelantikan Latheefa: PSC mahu atur pertemuan dengan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC) akan menulis surat untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, pertemuan tersebut ekoran jawatankuasa tersebut tidak dimaklumkan berkenaan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador serta Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

“Pelantikan ini tidak dimaklumkan kepada kami untuk memberi kami peluang meneliti, kami cuma dapat tahu melalui laporan media.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penglibatan jawatankuasa pemilihan Parlimen dalam pelantikan awam akan memberi gambaran bahawa pelantikan itu dibuat mengikut merit dan garis panduan, katanya seperti dilapor portal Malaysiakini semalam.

Tambah William lagi, pihaknya terkejut dan kecewa perkara tersebut tidak dibawa kepada jawatankuasa berkenaan sehubungan itu beliau sedang menulis surat kepada Perdana Menteri untuk pertemuan tersebut.

“Jelas sekali kita perlu duduk bersama kerana jika perkara ini berterusan, jawatankuasa ini tidak akan berfungsi. Kami akan beritahu Perdana Menteri bahawa kami tidak mengambil alih kuasanya,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Malaysiakini yang memetik Orietal Daily hari ini melaporkan, William akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu hadapan bagi membincangkan langkah seterusnya bagi jawatankuasa berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini