Pelanggan Talian Kongsi MaxisONE boleh beli peranti dengan Zerolution - Utusan Malaysia

Pelanggan Talian Kongsi MaxisONE boleh beli peranti dengan Zerolution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pelanggan Talian Kongsi MaxisONE bagi akaun Pelan MaxisONE kini boleh membeli telefon pintar terbaru menerusi Zerolution iaitu pelan keluarga pertama seumpamanya di Malaysia.

Maxis Berhad dalam kenyataannya berkata, oleh kerana pelanggan Pelan MaxisONE layak mendapat empat talian kongsi bagi setiap akaun dan ini bermakna keluarga Maxis kini boleh membeli sehingga lima telefon pintar di bawah satu akaun.

“Setakat ini, tidak ada pelan di Malaysia yang menawarkan kepada pelanggan Talian Kongsi pilihan untuk memiliki telefon bagi setiap talian. Sebelum ini hanya pelanggan talian utama yang boleh membeli peranti di bawah satu-satu pelan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maxis baru-baru ini juga meningkatkan talian kongsinya dengan memberikan pelanggan lebih banyak data iaitu sejumlah 20 gigabait bagi setiap talian manakala talian kongsi dengan pelan MaxisONE Home Fibre terus mendapat data tanpa had,” katanya di sini hari ini.

Ketua Bahagian Pemasaran Produknya, Arjun Varma berkata, Maxis sentiasa menjadi peneraju pasaran dengan komitmen ke arah menyediakan kesalinghubungan dan akses bagi semua keluarga di Malaysia.

“Kami melihat pergantungan tinggi kepada telefon pintar dalam kehidupan harian setiap keluarga. Ia bukanlah mudah kerana peningkatan harga runcit, serta pelan keluarga terhad untuk memiliki lebih daripada satu peranti.

“Kami mahu setiap ahli keluarga dapat saling berhubung antara satu sama lain. Itulah sebabnya mengapa kami menyediakan setiap talian dengan akses kepada peranti terbaharu menerusi Zerolution,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini