TAPAH 3 Jun – Seorang pekerja kebun lelaki warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan leher dikelar di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Jong Landor Chenderiang dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut pada pukul 7.45 pagi. Beliau berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan lewat 30an, dijumpai terbaring berseluar dan tidak…










