KLANG – Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bertemu saudara mereka di sini tidak kesampaian selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di sekitar Laut Sungai Agas di sini semalam. Kedua-dua lelaki warga Indonesia berusia 17 dan 29 tahun itu ditahan menerusi Ops Pensura kira-kira pukul 2 petang. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, mereka dicekup ketika berada di dalam sebuah bot penumpang…









