KUALA LUMPUR – Satu pasukan khas telah ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani pengedaran dan penagihan dadah di pusat peranginan Pulau Langkawi, Kedah. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, arahan telah pun dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebelum ini mengenai perkara ini. Ujarnya, susulan itu, usaha-usaha pembanterasan telah giat dijalankan dan sudah tentu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius mengenai perkara ini.…










