PUTRAJAYA- Sebuah pasukan petugas khas baharu akan ditubuhkan bagi mendapatkan semula aset-aset berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara yang bernilai hampir RM20.74 bilion. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan berkenaan akan ditubuhkan di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC). Beliau berkata, pasukan khas tersebut juga akan mendapat kerjasama Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja…










