LANGKAWI – Sepasang kekasih disyaki penagih dadah yang sedang melepaskan gian dicekup polis dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat di sini pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sepasukan anggota membuat serbuan ke rumah tidak bernombor tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi. “Serbuan menemui seorang lelaki dan perempuan duduk di kaki lima belakang rumah itu dalam keadaan mencurigakan. “Anggota kemudian menghampiri kedua-dua suspek dan pemeriksaan menemui satu beg kecil di atas lantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya