KLANG – Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku sekali lagi di negeri ini melibatkan kawasan di wilayah daerah ini dan Kuala Langat.
Ini berikutan berlaku insiden paip pecah di jajaran paip utama 1800mm di Setia Alam bermula pagi tadi.
Antara kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Klang (Batu 1 – 3 Jalan Meru), Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Dato Hamzah dan Jalan Istana.

Turut terjejas ialah Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3, PKFZ, Pulau Ketam, Seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas dan seluruh kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman.
Selain itu, kawasan Perdana Industri Park, seluruh Perindustrian Bukit Raja Selatan, Perepat, Sementa, Sungai Putus, sepanjang Jalan Mas, Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Palm Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Teluk Gadong Besar, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Teluk Gadong Kecil, Teluk Gedong Indah, Westport, Wisma Polis Marin Pulau Indah turut terjejas.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan bekalan air itu akan berlaku secara berperingkat.
“Status terkini dan butiran lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada pukul 3:00 petang hari ini.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimumkan impak gangguan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, sebarang maklumat boleh dirujuk dalam laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor.-UTUSAN ONLINE











