KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 notis kompaun dikeluarkan kepada orang awam yang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas dan ingkar arahan papan tanda ‘dilarang melintas’ dalam Operasi Jejantas Siri 20/2019 di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, Rabu lalu. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, tindakan penguatkuasaan mengikut Peruntukan Undang-undang Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 itu diambil bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna dan mengelak daripada berlakunya kemalangan. “Sebanyak 657 notis dikeluarkan…










