KUALA LUMPUR – Gara-gara membuang selonggok kulit durian di tepi jalan, dua peniaga ditahan dan kenderaan mereka disita oleh penguat kuasa di Jalan SP1, Bandar Saujana Putra, dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam, baru-baru ini. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A. Hamid berkata, tindakan dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Cawangan Bandar Saujana Putra yang diketuai Wan Putara Noor Shahan Ngadirin selepas menerima aduan orang ramai. Mohamad Zain berkata, hasil intipan dilakukan, anggota penguat kuasa berjaya menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya