Origi ‘terdesak’ mahu kekal di Liverpool - Mellor - Utusan Malaysia

Origi ‘terdesak’ mahu kekal di Liverpool – Mellor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Divock Origi telah menunjukkan bahawa dia ‘terdesak’ untuk kekal di Liverpool, kata bekas penyerang Reds, Neil Mellor, dengan menyifatkan pingat emas Liga Juara-Juara telah menyelamatkan karier pemain tersebut di Anfield.

Penyerang Belgium itu telah melakar sejarah yang tidak akan dilupakan ketika membantu Liverpool memenangi gelaran Raja Eropah.

“(Jurgen) Klopp telah membawa masuk Divock ketika menentang Everton di Anfield dengan hanya enam minit berbaki perlawanan dan dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96. Sejak itu bermula perjalanannya sebagai orang penting dalam Reds.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia menjaringkan gol kemenangan berdepan Newcastle, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ketika bertemu Barcelona untuk bangkit di separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, termasuk menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

“Momen terbesar ini adalah untuk mana-mana pemain Liverpool bahawa dia membuktikan jangan mudah mengalah sebagai jentera Reds.

“Dia telah berubah sejak dipinjamkan ke Lille dan Wolfsburg, ia bukan masa sesuai untuk dia berhijrah dari Liverpool kerana dia telah membuktikan bahawa dia ‘terdesak’ untuk kekal di Anfield,” kata Mellor.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×