GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini berharap status zon merah yang diisytiharkan terhadap perkampungan mereka segera berakhir. Hal ini kerana penduduk mahu bergerak bebas seperti sebelum ini memandangkan tiada lagi kes terbaharu berkaitan jangkitan demam campak dilaporkan di kawasan itu. Penghulu Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok berkata, kebanyakan penduduk Orang Asli di kampung itu tertekan apabila tidak dapat bergerak…










