KEPUTUSAN Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) mematuhi piawaian Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) ternyata satu langkah strategik untuk membuka laluan kepada inisiatif meningkatkan kesejahteraan alam sekitar dan sosial selain meningkatkan prestasi bisnesnya. RSPO adalah sebuah pertubuhan berpengaruh di Zurich, Switzerland dalam menyediakan satu set kriteria alam sekitar dan sosial yang mesti dipatuhi pelbagai sektor industri minyak sawit bertujuan menghasilkan minyak kelapa sawit yang mampan (CSPO) untuk diterima pasaran global…










