Op Selamat: Jalan bandaran catat kes kemalangan tertinggi di Perak - Utusan Malaysia

Op Selamat: Jalan bandaran catat kes kemalangan tertinggi di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jalan Bandaran merekodkan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi di negeri ini sepanjang Op Selamat 15/2019 yang masuk hari ke-11 semalam dengan mencatatkan sebanyak 530 kes.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 69 kes atau 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 461 kes.

Katanya, jalan Persekutuan pula merekodkan jumlah kes kemalangan jalan raya kedua tertinggi iaitu sebanyak 399 kes diikuti jalan negeri (251), lebuh raya (249) dan jalan-jalan lain sebanyak 95 kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Op Selamat 15/2019 yang masuk hari ke-11 semalam merekodkan sebanyak 1,524 kes kemalangan jalan raya berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 1,442 kes.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 82 kes atau enam peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razarudin berkata, sehingga kini, sebanyak 18 kemalangan maut dicatatkan di seluruh negeri dengan 19 kematian berbanding 28 kemalangan maut dan 29 kematian pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 16,588 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 27,978 saman.

“Daerah Ipoh mencatatkan kes kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 462 kemalangan diikuti Taiping (208), Tapah (124), Hilir Perak (119), Manjung (99), Kuala Kangsar (100), Kerian (82) dan Gerik (73).

“Selain itu, daerah lain iaitu Muallim pula merekodkan 70 kemalangan, Kampar (61), Perak Tengah (52), Batu Gajah (47), Sungai Siput (19), Selama (7) dan Pengkalan Hulu dengan satu kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini