Op Selamat 15: Lapan kematian direkodkan pada hari ke-14 - Utusan Malaysia

Op Selamat 15: Lapan kematian direkodkan pada hari ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat kemalangan jalan raya dalam Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri yang memasuki hari ke-14 semalam, menunjukkan peningkatan sebanyak lapan kes.

Sehingga kini, seramai 229 kes kematian dilaporkan manakala jumlah kemalangan maut di seluruh negara pula ada sebanyak 213 kes.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sebanyak 32,346 kenderaan terlibat dalam kemalangan sepanjang Op Selamat 15 yang dilancarkan pada 29 Mei lalu dan berakhir pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan sebanyak 22,852 kes kemalangan dilaporkan dan daripada jumlah tersebut, kemalangan maut mencatatkan sebanyak 213 kes, kematian (229), cedera parah (87) dan cedera ringan (202).

“Sebanyak 319,576 saman dikeluarkan di seluruh negara melibatkan 4,195 operasi dalam tempoh 14 hari itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pihak polis turut menerima sebanyak 730 laporan melibatkan kes pecah masuk premis dan kediaman dalam tempoh yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini