Op Selamat 15 : 16 lagi kemalangan maut dicatatkan - Utusan Malaysia

Op Selamat 15 : 16 lagi kemalangan maut dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – 16 kes dicatatkan menjadikan angka kemalangan maut terus meningkat apabila sebanyak 156 kejadian dilaporkan dalam tempoh sembilan hari Op Selamat ke-15 bermula pada 29 Mei lalu sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 19 kes kematian dicatatkan menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini adalah 159 orang.

Ujarnya, Selangor terus mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 26 orang diikuti Johor (21) ; Kedah (16) dan Perak (15).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, di Sabah mencatatkan 12 kematian diikuti Pahang (11), Sarawak (10) Kelantan (9) Negeri Sembilan (8) Pulau Pinang (5), Melaka (4), Perlis (3) manakala dua di Kuala Lumpur.

“Sepanjang tempoh sembilan hari ini juga, sebanyak 197,541 saman telah dikeluarkan menerusi 2,610 operasi yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asmawati memberitahu, sebanyak 380 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara dengan 239 kejadian melibatkan kediaman.

Terdahulu, sebanyak enam kesalahan utama ditumpukan PDRM sepanjang Op Selamat 15 bermula 29 Mei lalu sehingga 12 Jun depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan sebelum ini, enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini