BAGAN DATUK 15 Jun – Polis menahan 18 motosikal ekoran penunggangnya dipercayai melarikan diri semasa Op Samseng Jalanan dijalankan di kawasan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, hari ini. Dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi, seorang penunggang motosikal remaja berusia 17 tahun turut ditahan selepas disahkan positif dadah jenis methamphetamine hasil pemeriksaan saringan air kencing. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sebanyak 50 motosikal telah diperiksa termasuk 34 orang penunggang dan pemboncengnya sepanjang operasi itu berlangsung. “Sementara itu, sebanyak 69 saman juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya