Pantun dua kerat antara yang popular menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pantun ini sering ditulis untuk mengakhiri tulisan atau catatan di dalam kad raya. Walaupun ringkas, maksud pantun itu sangat jelas, iaitu mengharapkan balasan kad raya daripada penerima. Kad raya merupakan medium popular sejak era 1950-an, sememangnya antara kisah yang akan diingati setiap orang pada zaman itu setiap kali tibanya Aidilfitri. Menghantar kad raya ibarat satu kemestian kepada setiap orang satu ketika dahulu. Ramai yang berlumba-lumba menghantar kad raya pelbagai bentuk dan saiz kepada keluarga, teman-teman dan taulan sebagai tanda ingatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya