PARIS – Bintang Brazil, Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Liga Juara-Juara, musim depan, setelah UEFA mengesahkan, hari ini, pemain itu dihukum kerana menghina pengadil sewaktu kekalahan Paris Saint-Germain (PSG) kepada Manchester United. UEFA telah menjatuhkan hukuman tersebut, April lalu sebelum PSG mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Bagaimanapun, keputusan akhir telah dikeluarkan, hari ini dan ia tidak berpihak kepada Neymar. “Rayuan yang dikemukakan PSG telah ditolak. Keputusan yang dibuat oleh Badan Kawalan Etika dan Disiplin pada 25 April lalu kini disahkan,” kata UEFA. Pemain termahal di dunia itu diketepikan daripada perlawanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya