KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 nelayan yang menaiki dua bot dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan berdekatan Pulau Tawi-Tawi, Selatan Filipina. Utusan Borneo melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun menjelaskan pihaknya belum mendapatkan maklumat penuh berkenaan kejadian. Katanya, identiti serta status kewarganegaraan mangsa juga masih belum dipastikan setakat ini. Menurut laporan Utusan Borneo, difahamkan kejadian berlaku apabila dua bot nelayan dinaiki sekumpulan…










