SUMBANGAN. Jenama fesyen patuh syariah, Najjah menyampaikan sumbangan berbentuk wang raya kepada anak-anak dari Rumah Kebajikan Cahaya Kasih Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Pengasas Najjah, Nurul Azwin Musa berkata, majlis tersebut merupakan usaha untuk meraikan kejayaan syarikat berkenaan bersama anak-anak yang kurang bernasib baik sekali gus memberi kegembiraan kepada mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak kami untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Najjah dengan anak yatim terbabit,”katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya