KUALA KANGSAR 31 Mei – Bekas pekerja sebuah syarikat penghantaran, Mohd. Fauzi Ahmad Tajuddin, 37, bersyukur dan terharu dengan bantuan sebanyak RM700 yang diterimanya menerusi Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam). Bapa kepada lima anak yang juga orang kurang upaya (OKU) itu menyifatkan wang elaun hospital harian itu sebagai ‘hadiah’ di saat dia buntu selepas kehilangan pendapatan sepanjang dirawat di hospital. “Jumlah itu mungkin tidak besar bagi orang lain, tetapi bagi…










