KUALA LUMPUR – MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) meneruskan kajian projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dan melantik perunding teknikal nasihat (TAC) dan perunding nasihat komersial (CAC). Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp., Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, firma kejuruteraan dan pengurusan projek pelbagai disiplin tempatan, Minconsult Sdn. Bhd. dan Ernst & Young (EY) dilantik sebagai TAC dan CAC masing-masing. Katanya, MyHSR Corp dan TAC…










