KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menumpukan perhatian dan usaha untuk memantau industri simen secara konsisten bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam melindungi pengguna susulan pengumuman kenaikan harga simen. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri simen semalam. “Kami sedang bekerjasama rapat dengan kementerian untuk memberikan input dan akan menilai perkara ini di bawah peruntukan Akta Persaingan (AP) 2010 jika perlu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tambahnya, selain mengambil maklum terhadap notis-notis kenaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya