KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof perlu menegur mana-mana pihak yang tersalah langkah, bukannya ghairah mempertahankan sekutu dalam politik tanpa memikirkan sempadan dan sensitiviti agama. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama, Mujahid sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan merujuk kepada pihak yang lebih tahu. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar…










