MU dapat empat tenaga baharu - Utusan Malaysia

MU dapat empat tenaga baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Melaka United mendapatkan khidmat dua pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua musim Liga Malaysia (Liga M) bagi memperkuatkan cabaran memburu kedudukan terbaik dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Kedua-dua pemain tersebut ialah bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd. Faizal Abu Bakar dan bekas penjaga golnya, Ahmad Solehin Mamat, yang kembali selepas tiga tahun bersama pasukan Kuala Lumpur.

Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pengalaman Ahmad Solehin), yang pernah membantu Melaka United menjulang gelaran Liga Perdana pada musim 2016 itu ditagih untuk bersaing bersama Khairul Fahmi Che Mat dan Oscar Wong Tse Yang bagi posisi penjaga gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemasukan mereka bersama dua lagi pemain import baharu iaitu, Davy Claude Angan dari Ivory Coast dan Dominic Balic dari Croatia pada jendela perpindahan kedua musim ini diharap memperkuatkan cabaran skuad Hang Tuah pada baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini