KUALA LUMPUR-Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di Pekarangan bangunan pihak berkuasa tempatan itu pada 21 Jun ini. MPSepang melalui laman Facebook miliknya memaklumkan, program yang akan bermula pukul 8 malam itu menyediakan pelbagai juadah untuk para tetamu. “Kehadiran orang ramai terutamanya penduduk sekitar Sepang amat dialu-alukan,”katanya dalam laman sosial itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya