BERMULA dengan memberi khidmat menggunting rambut secara percuma kepada kawan-kawan, siapa sangka individu tersebut kini berjaya memiliki beberapa cawangan kedai gunting rambut sendiri dikenali Matt Barbershop di seluruh Terengganu. Bukan setakat itu, jika dahulu dia sendiri menggunting rambut pelanggan tetapi kini telah mempunyai 50 kakitangan yang bertugas di bawah pengurusannya. Memasuki pertengahan 2019, Mohd. Yusof Taib, 37, kini mempunyai sembilan cawangan Matt Barbershop iaitu di Wakaf Tembusu, Bukit tunggal, Padang Midin, Gong Badak, Jalan Sultan Sulaiman, Gong Pak Jin, Panji Alam, Batu Rakit dan Chukai. Mohd. Yusof mula menceburi bidang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya