KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran seorang pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa mulai 15 Julai depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut membabitkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. yang akan menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
“Arahan pertukaran ini akan berkuat kuasa mulai 15 Julai depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










