KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Bhd., Tan Sri Mohd. Bakke Salleh (gambar) diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkuatkuasa 1 Julai depan susulan peletakan jawatan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah berbincang bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pelantikan pengganti untuk meneruskan kecemerlangan Felda. Pelantikan tersebut melibatkan tempoh selama…










