KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 hujung bulan ini. Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, beliau menerima bilangan pencalonan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu dan menganggapnya sebagai isyarat daripada ahli yang masih memberi harapan kepadanya. Beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan ahli untuk memilih siapa yang akan menduduki tiga tempat…










