KUALA LUMPUR – Selepas menjulang gelaran hatrik berganda juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengalihkan tumpuan kepada misi menamatkan saingan musim ini dengan rekod kebal tanpa kalah, sekali gus menjadi satu-satunya pasukan yang melakukannya sebanyak dua kali dalam Liga Malaysia. Harimau Selatan sebelum ini pernah mencatat pencapaian hebat tersebut apabila menamatkan saingan pada musim 2016 tanpa sebarang kekalahan ketika dibimbing pengendali kelahiran Argentina, Mario Gomez. Bagaimanapun, pengurus JDT,…










