BELO HORIZONTE – Thiago Silva melabelkan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia sepanjang hayat menjelang aksi separuh akhir Copa America menentang Argentina. Messi menjadi sasaran krtikan sebagai gagal beraksi cemerlang sepanjang kempen Copa America walaupun Argentina berjaya ke saingan empat pasukan terbaik dalam edisi kali ini. Silva berkata, tiada sebarang keraguan bahawa bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d’Or lima kali ini wajar diangkat sebagai pemain terbaik. “Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah, terbaik yang pernah saya lihat. “Tetapi kini pertembungan Brazil dan Argentina. Kita simpan dahulu rasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya