Mekanik ditahan miliki dadah - Utusan Malaysia

Mekanik ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang mekanik ditahan kerana memiliki sejumlah dadah bernilai kira-kira RM680 dalam satu serbuan di sebuah rumah kongsi sebuah kilang papan di Padang Tengku di sini awal pagi ini.

Ketua polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu menemukan 10.26 gram dadah jenis syabu, 17.30 gram heroin dan 6.30 gram ganja.

“Selepas tidak menemukan apa-apa barang salah dalam pemeriksaan fizikal ke atas suspek, pemeriksaan dalam bilik tersebut menjumpai satu bekas plastik warna biru bertudung atas lantai tempat penama tidur yang mempunyai dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang berusia 33 tahun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39A(2) ADB 1952 dan siasatan masih giat dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal suspek yang berasal dari Negeri Sembilan mengakui dadah itu adalah miliknya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini