IPOH – Walaupun bakal beraksi tanpa beberapa pemain tonggak, pasukan Perak yakin mampu mengatasi agregat 1-3 apabila menentang Pahang dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di laman sendiri esok. Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic percaya bermain di depan penyokong sendiri di Stadium Perak esok akan melonjakkan semangat pemain meskipun tanpa kelibat beberapa pemain utama. Menurutnya, pemain tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan digantung perlawanan iaitu Amirul Azahan, Nazirul Naim Che…










