SHAH ALAM 29 Jun – Kerajaan negeri Selangor sudah membuat ketetapan baharu dalam isu papan tanda jalan yang tidak mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan mengumumkannya minggu depan. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara tersebut sudah diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu lalu dan masa ini keputusan tersebut perlu digazetkan terlebih dahulu. Enggan memperincikan terlebih dahulu apakah keputusan itu, Amirudin berkata, beliau juga sudah…










