PASIR PUTEH – Kehilangan seorang lelaki di Kampung Lepah, Selising, di sini sejak Khamis lalu terjawab selepas satu mayat reput ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan hutan petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mayat lelaki berusia 53 tahun itu ditemui dalam keadaan keseluruhan badannya dipenuhi ribuan ulat dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu. Menurut penduduk yang enggan dikenali, mangsa keluar untuk meracik burung petang Khamis lalu dikatakan…










