Mayat remaja lemas di Sungai Jeram Besu ditemui - Utusan Malaysia

Mayat remaja lemas di Sungai Jeram Besu ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Mayat pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sega yang lemas dua hari lalu dijumpai hari ini dekat Lubuk Biara, di sini.

Mayat Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi ketika dia terjun ke dalam Sungai Jeram Besu petang Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa timbul di tepi sungai selepas tiga hari hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa dijumpai pada pukul 5.11 petang tadi dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Menurutnya, beliau mengucapkan ribuan tetima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak dua hari lalu.

Mangsa dikatakan pergi ke sungai berkenaan untuk merakam gambar bersama dua rakannya kira-kira pukul 4.45 petang Selasa lepas.

Dia dipercayai lemas selepas terjun ke dalam sungai dan dua rakannya cuba menyelamatkannya namun gagal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini