Mayat lelaki lemas terapung di Sungai Muda - Utusan Malaysia

Mayat lelaki lemas terapung di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Satu mayat lelaki berusia 25 tahun ditemui terapung di Sungai Muda, Kampung Tanjung Belit di Padang Serai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Yusof Shaari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat di sungai tersebut kira-kira pukul 2.16 petang ini.

“Sepasukan polis pergi ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan jenayah pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas dan ahli keluarganya memaklumkan mangsa yang bekerja sebagai penjaga lembu menghidap penyakit sawan,” ujarnya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini