KUALA TERENGGANU – Mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terjatuh ketika bermain air bersama adik-beradiknya di Lagun Kuala Ibai di sini hari ini ditemukan kira-kira pukul 4.48 petang tadi. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu , Timbalan Penguasa Bomba Zakariya Mohamed berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Razali ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh. “Ketika itu keadaan air surut dan mangsa dijumpai pasukan penyelamat yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mayat mangsa kemudian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya