LONDON 8 Jun – Pencalonan pemimpin baharu Parti Konservatif bermula Isnin ini selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May meletak jawatan sebagai ketua parti itu, semalam. Lapor Mail Online, sekurang-kurangnya 11 calon secara terbuka menyatakan hasrat mereka merebut kerusi May di Downing Street. Namun setiap calon itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen untuk melayakkan diri. May dirakam sempat tersenyum ketika kenderaan membawa beliau meninggalkan Downing Street dipercayai sebagai kelegaan kepada ‘mimpi ngeri’ yang dilaluinya sepanjang proses Brexit. Perdana Menteri bagaimanapun akan kekal menyandang jawatan itu sehingga pemimpin baharu dipilih, mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya