KUALA LUMPUR – Bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd., MAB Kargo Sdn. Bhd. (MASkargo) bersedia untuk meneroka pasaran halal global berikutan keupayaan pengendalian penghantaran telah menerima pensijilan halal Malaysia. Pensijilan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Mohamed Salleh berkata, pasaran halal global kini bernilai hampir AS$2 trilion (RM8.34 trilion) setahun dan MASKargo kini merupakan sebahagian daripada rantaian logistik halal yang bersedia dan mempunyai keupayaan untuk…









